INDUSTRI KANDUNGAN
KREATIF MALAYSIA : FASA TERAKHIR
MENUJU NEGARA MAJU
Oleh Azharul
Azmir Kamarulzaman
Pengenalan
Tahun
2020, Malaysia bakal menjadi negara maju. Oleh yang demikian, tahun 2016 hingga
2020 adalah penggal terakhir yang menjadi fasa penting dan penentu kepada
negara untuk menuju hasrat tersebut.
Dalam fasa yang sangat getir itu, hanya industri yang memainkan peranan
penting akan dilihat signifikan menjadi antara tunggak dan sektor utama negara, dan seterusnya
diberikan perhatian oleh masyarakat dan kepemimpinan tertinggi negara. Perhatian masyarakat dan kepemimpinan negara
ini penting kerana hanya dengan sokongan
mereka, sesebuah bidang itu akan terus bertahan dan berkembang dalam konteks
sebagai sebuah industri.
Oleh
itu, penggiat industri kandungan kreatif termasuk filem harus sedar bahawa kita
berada dalam fasa paling penting dalam menentukan di mana tempat letak industri
kandungan kreatif dalam negara maju yang akan kita bina. Tidak mahu hanya sekadar
menjadi `penumpang` kepada sebuah gerabak yang memecut laju, tetapi harus
menjadi penyumbang agar keretapi mampu bergerak lebih pantas ke destinasi.
Jika merujuk kepada laman web Koridor Raya Multimedia (MSC), kita
juga dapat melihat bagaimana industri ini telah diperakui sebagai industri
penting di peringkat global. Ini diperlihat melalui kajian The
Creative Industry Outlook (2011-2014)
yang dijalankan oleh Price Water Cooper House telah menunjukkan nilai industri
Multimedia Kreatif adalah sebanyak RM4.2 trilion. Ia merupakan hasil ini dijana
oleh 4 industri utama iaitu Filem (RM288 bilion), Kandungan Animasi (RM270
bilion), Permainan Video (RM192 bilion) dan juga Aplikasi Mudah Alih (RM88.5
bilion).
Sebagai
sebuah industri penting di peringkat global, dan menjadi `suara` signifikan
kepada peradaban manusia hari ini, penggiat dan pentadbir industri kandungan
kreatif di Malaysia tidak ada alasan untuk gagal.
Bidang
Keberhasilan Utama Negara
Secara
umum, bidang industri kandungan kreatif termasuk perfileman sememangnya telah
mendapatkan perhatian oleh pihak kepemimpinan tertinggi negara sebagai salah
satu penyumbang penting kepada ekonomi negara. Ini dapat dilihat daripada
perlaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) iaitu sebuah rangka asas
pembangunan negara yang mana ia telah meletakkan industri ini sebagai salah
satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) dibawah Kandungan &
Infrastruktur Komunikasi (CCI). Projek berkaitan industri kandungan kreatif
juga diletakkan sebagai antara Projek Permulaan (EPP) yang membawa impak tinggi
kepada pembangunan ekonomi.
FDI vs DDI
Jika
ditoleh ke belakang, sekitar dua dekad lalu, industri kandungan kreatif negara
dimonopoli oleh perfileman, dengan bidang lain seperti animasi, aplikasi,
permainan video dan lain-lain belum banyak diceburi di Malaysia ketika itu.
Industri perfileman ketika itu pula bergantung penuh kepada Pelaburan Langsung
Domestik (DDI), yang mana ketika itu hampir keseluruhan pelaburan perfileman
(penerbitan, pemameran, pengedaran dan sektor hiliran) adalah dari pelabur tempatan.
Namun
kini, industri kandungan Malaysia mula memberikan keyakinan untuk menarik
pelaburan dari luar negara, tidak kira melalui sayap pelaburan di Malaysia atau
pelaburan langsung asing (FDI). Dengan tidak menafikan kepentingan DDI sebagai
sumber utama industri, FDI perlu dilihat sebagai memainkan peranan yang sangat
penting dalam membawa kadar pertumbuhan yang lebih tinggi kepada industri ini.
Kemasukan pelaburan luar ini, walau sering dipertikai golongan budayawan
sebagai satu kebimbangan usaha membuang imej dan jati diri tempatan dalam
sesebuah produk kreatif, namun harus diakui dalam konteks industri sebagai salah
satu batu loncatan penting dalam membina industri yang lebih kukuh. Ini penting
bagi industri filem dan kandungan kreatif; memandangkan ia adalah sebuah produk
bersifat kolaborasi, dengan kos pelaburan penghasilan yang tinggi.
Selain
itu, perkembangan bidang produksi bersama (co-production)
dengan negara luar memberikan gambaran jelas bahawa produk kandungan kreatif
kita telah mula diterima di peringkat global.
Sistem
Bersepadu
Menyentuh
tentang perihal sistem dan pengurusan dalam usaha menuju industri berimpak
tinggi, penulis amat tertarik untuk mengulang kenyataan yang sering
diperkatakan tentang penubuhan Content Malaysia Pitching Centre, yang dilihat
sebagai salah satu menifestasi kesedaran pihak pentadbiran tentang kepentingan
sistem yang bersepadu; dalam konteks ini berkaitan perihal penyaluran bantuan,
rundingan dan pemudahcara industri kandungan kreatif.
Hal
ini sebenarnya telah terlebih dahulu dilakukan oleh Singapura beberapa tahun
lalu melalui agensi nasionalnya, Media Development Authority (MDA) apabila
melakukan penstrukturan semula segala dana dan geran berkaitan industri media.
Ia telah menggabungkan pelbagai kemudahan bantuan berbentuk kewangan dari
pelbagai agensi termasuk Singapore Film Commision (SFC) dan MDA sendiri kepada
sistem berpusat; yang diterajui MDA. Ini membantu mengurangkan risiko berlakunya
ketirisan, serta pertindihan bidang tugas dan bidang kuasa yang dilihat memberi
impak kurang saksama kepada keseluruhan industri.
Namun,
yang lebih menariknya adalah apabila Malaysia Content Pitching Centre tidak
hanya menyediakan bantuan berbentuk kewangan semata-mata, tetapi juga menjadi
fasilitator dan pemudahcara dalam hal berkaitan latihan, pembangunan bakat,
perantara dalam urusan Business to
Business (B2B), penyeliaan terhadap kerja penyelidikan dan pembangunan
(R&D), membantu dalam mencari dan meneroka pasaran bagi produk tempatan,
dan sebagainya.
Ini
merupakan nilai tambah yang sangat diperlukan oleh industri kandungan kreatif
Malaysia sebagai sebuah industri yang selama ini saban tahun menerima
peruntukan dari kerajaan dalam pembangunan produk kreatif, namun masih gagal
bersaing dengan beberapa negara jiran; yang mana pembikin mereka lebih tidak
bernasib baik dari aspek sokongan kerajaan. Ini memperlihat bahawa peranan
membangun industri bukan sekadar soal penyaluran dana yang telus, tetapi
bagaimana perlaksanan projek yang dibantu itu disokong dalam aspek-aspek lain
seperti pembangunan, pemasaran dan sebagainya.
Peranan Modal
Teroka
Sebagai
suntikan dan pemangkin kepada usaha meningkatkan kadar pertumbuhan industri yang lebih tinggi,
pihak pentadbir dilihat sedar tentang kepentingan modal teroka (venture capital) dalam pembangunan
industri kandungan kreatif ini. Kerana itu diwujudkan MyCreative Ventures Sdn
Bhd, iaitu sayap pelaburan milik penuh kerajaan yang memberikan fokus kepada
pelaburan modal teroka dalam industri kandungan kreatif, dan industri kreatif secara
keseluruhan.
Jika
sebelum ini, penggiat kandungan kreatif terpaksa bergantung harap kepada
syarikat-syarikat modal teroka umum milik kerajaan dan swasta yang lain.
Potensi untuk berjaya mendapat pelaburan juga agak tipis memandangkan organisasi
sektor kewangan ketika itu, termasuklah bank-bank perdagangan masih belum jelas
tentang budaya perniagaan industri kreatif seperti hal-hal berkaitan nilai
harta intelek (IP), dan sebagainya.
Namun,
dengan peningkatan kefahaman dan kepercayaan terhadap industri ini, syarikat
modal teroka yang lain juga, seperti Malaysia Venture Capital Management Berhad
(MAVCAP), Malaysia Technology Development Berhad (MTDC) serta banyak lagi
syarikat modal teroka milik swasta dilihat mula memberikan perhatian kepada
industri kandungan kreatif.
Terbaharu,
Memorandum Persefahaman (MoU) yang dijalinkan oleh pihak MyCreative Venture dan
FINAS yang membolehkan MyCreative Venture menyalurkan pinjaman secara modal
padanan (Matching Grant) bagi
penerima geran Pitching Centre, sekaligus membantu kelancaran proses kerja
penerbitan para penerima geran ini.
Pembangunan
Bakat
Apabila
kita berbicara soal pembangunan industri, ia bukan sekadar soal meningkatkan
nilai urusniaga semata-mata. Harus diingat, dalam mana-mana bidang sekalipun, ia tetap berkaitan soal manusia
yang menjadi tulang belakang, perancang dan penggeraknya. Sesuatu yang penting
untuk diberikan perhatian ialah soal pembanguan bakat, yang menjadi asas dan
pra-syarat penting dalam membina sebuah industri yang kukuh. Ini termasuklah
bakat teknikal dan bakat kreatif yang menjadi subjek dalam sesebuah produk;
serta tidak boleh dilupa bakat mentadbir, bakat pemasaran, bakat kewangan
berkaitan, bakat inovasi dan sebagainya.
Komoditi
Ekonomi Yang Kompleks
Selain
itu, apabila berbicara tentang industri filem secara khusus, apa yang harus
kita sedar bahawa ia mempunyai ciri yang kompleks untuk diberikan justifikasi
secara mutlak. Ini kerana filem boleh dibincangkan dari pelbagai sudut, dalam
pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosio-budaya, pengajian sosial, malah filem
sebagai filem; dan sebagainya. Dan setiap bidang ini mempunyai kepentingannya
dalam pembinaan dan pembangunan negara. Namun, bagi penulis, apa yang penting,
sebagai produk seni bernilai ekonomi, filem harus punya citarasa.
Filem
adalah seni kraf bercerita. Jadi, apa sahaja cerita yang anda ingin angkat,
bawalah ia dengan kemahiran dan skil penceritaan anda yang sebaik mungkin,
mengikut khalayak sasar yang telah anda pilih. Malah sebaiknya penceritaan itu
harus memperkaya budaya fikir manusia (walau frasa ini juga boleh dibahaskan
dalam pelbagai konotasi yang berbeza dengan panjang lebar).
Diakhirnya,
penonton sebagai pemegang kuasa membeli berhak untuk merayakan filem mengikut
definisi, tafsiran dan citarasa masing-masing.
Penutup
Dari
semua yang diperkatakan di atas, kita dapat melihat bahawa industri kandungan
kreatif di Malaysia berada dalam landasan dengan hala tuju yang semakin jelas
berbanding beberapa tahun kebelakangan. Namun, tanggungjawab memastikan kelancarannya
terpikul di bahu setiap pentadbir dan penggiat industri kandungan kreatif.
Gagasan
dan rangka asasnya telah ada. Apa yang perlu kini adalah segala rangka kerja
ini disusun terperinci dan diusahakan secara bersepadu. Dasar Perfileman Negara
dan Dasar Industri Kreatif harus diteliti dan dinilai semula kerana wujud beberapa
hala tuju yang bercanggah; dan lebih penting adalah bagi melihat bagaimana ia mampu
mendukung ETP sebagai kerangka utama hala tuju negara seperti yang ditetapkan
kerajaan ketika ini.
Dalam
tempoh lima tahun terakhir menjelang negara maju ini, mahu atau tidak, industri
kandungan kreatif harus terus komited dalam mempertingkat kedudukan dalam KDNK
negara jika mahu industri ini terus kekal signifikan kepada ekonomi dan masa
depan negara. Trend global hari ini sememangnya menuju ke arah perkembangan
itu. Secara tidak langsung, industri kandungan kreatif di Malaysia akan turut
ikut serta. Namun, tidak bermakna jika sekadar ikut serta, tanpa komitmen untuk
melakukan yang terbaik untuk industri ini.
Bagi
pembikin filem, selamat meraikan kepelbagaian dengan penuh iltizam untuk terus
menghasilkan filem yang baik; baik untuk ekonomi dan baik untuk manusia yang
menontonnya.
Kembali
kepada fitrah manusia, penulis ingin memetik kata-kata tokoh besar Nusantara,
Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.
Katanya, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja
sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.”
Jadi,
kita perlukan lebih dari itu.
(Artikel untuk buku cenderamata Festival Filem Malaysia 2016)
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
ReplyDeleteKLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D