ABOUT ME

Tuesday, April 1, 2014

DUNIA DARI LENSA MYDOCS


DUNIA DARI LENSA MyDocs

Oleh Azharul Azmir Kamarulzaman


Bayangkan hidup kita jika setiap hari dipenuhi perkara yang sama. Bayangkan tidak wujud kesedihan, suka duka, gembira, debaran, teruja dan sebagainya. Pasti hilanglah nikmat dan makna sebenar apa yang kita panggil sebagai kehidupan.

Sebagai seorang peminat filem, saya menyedari bahawa dokumentari mempunyai peranan yang jelas sebagai medium dokumentasi masyarakat dan perakam zaman. Ia menjadi rakaman penting untuk bercerita tentang dunia dan manusianya. Kebanyakan pengarah filem cereka terkenal dunia bermula dari genre ini.

Menyorot kembali sejarahnya, dokumentari wujud selari dengan kewujudan filem sebagai medium manusia merakam dan bercerita sejak lebih seabad yang lalu. Ia berkembang menjadi satu platform propaganda yang begitu berkesan dalam separuh pertama abad ke-20. Sehingga kini, seiring perkembangan zaman, dokumentari turut berevolusi tidak kira dari sudut pembikinan, penceritaan mahupun fungsi dan matlamatnya.

Suatu ketika dahulu, saya masih ingat persepsi orang di sekeliling saya, termasuk saya sendiri yang menyatakan bahawa dokumentari adalah bentuk filem yang sangat membosankan, malah jauh berbeza dari filem cereka. Kisah benar, fakta dan kenyataan biasanya tidak cukup `indah` berbanding dunia ciptaan dalam cereka yang penuh warna warni.

Apabila saya membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam bidang perfileman, dokumentari diletak sebagai pilihan genre paling belakang. Dokumentari Malaysia ketika itu terlalu sinonim dengan penceritaan yang mendatar; lalu membosankan. Ilmu penceritaan semudah menaburkan fakta dan info begitu sahaja, atau dengan kata lain cukup sekadar bercerita; `gagap` atau `pelat `menjadi tidak penting.

Ketika itu, perihal inilah yang membezakan dokumentari kita dengan dokumentari antarabangsa. Sebagai contoh, saluran Discovery Network, saluran antarabangsa yang kita semua kenal mempunyai reputasi yang tinggi, tidak mengenal dokumentari sebagai dokumentari. Mereka sebaliknya lebih selesa memanggil ia sebagai `real-life entertainment`. Mereka memahami bahawa dengan perubahan pengetahuan manusia tentang dunia dan alamnya, turut akan merubah `apa yang manusia suka` dan `apa yang menyebabkan manusia suka`. Jadi, penceritaan dokumentari harus menjadi lebih interaktif, bersebab dan mempunyai emosi yang mampu menyentuh hati penonton.

Namun, dari sehari ke sehari, dokumentari Malaysia semakin memperlihatkan sinar. Persepsi saya terhadap dokumentari mula berubah. Kemunculan pengarah dan penerbit yang serius dalam membangunkan kualiti dokumentari Malaysia membawa kesan yang positif. Nama seperti David Moggie, Naguib Razak dan Harun Rahman memberitahu dunia bahawa Malaysia ini kaya dengan kisah yang hanya menanti masa untuk diceritakan.

Ia seakan menjadi pemula kepada gelombang dokumentari di Malaysia yang disusuli dengan kemunculan penggiat-penggiat lain, muda dan tua, seperti Zan Azlee dengan gaya jurnalis, Syirfan Indra dengan dokumentari sejarah, Jak Othman dengan dunia silat, Ahmad Yazid yang sebati dengan kisah jenayah, Kamal Ishak dengan jiwa sinematik, Mansor Puteh dengan roh Melayu Islamnya, dan ramai lagi.

Masing-masing berkarya dengan kepelbagaian pendekatan dan ideologi. Namun, perbezaan itu tidak penting. Yang lebih penting adalah dokumentari mula diraikan pada kedudukan yang sepatutnya.

Pada 26 Februari 2013, dalam satu majlis kecil berjiwa besar, MyDocs atau Persatuan Dokumentari Malaysia dilancarkan secara rasmi di Publika, Dutamas. Ini adalah usaha yang digerakkan oleh sekumpulan pembikin dokumentari tempatan yang mempunyai reputasi di kalangan penyiar antarabangsa, diketuai oleh Harun Rahman selaku Presiden.

Berbeza dari kelaziman majlis perlancaran yang biasa kita saksikan dalam `budaya Malaysia` seperti kata aluan yang panjang dari VIP, memotong riben, memukul gong, atau mungkin dengan gimik persembahan bunga api, majlis pelancaran MyDocs sebaliknya diisi dengan tayangan filem dokumentari 5 Broken Cameras, sebuah dokumentari catatan Emad Burnat  selaku pengarah yang menetap di Palestin dan kisahnya menghadapi kekejaman rejim Zionis. Dokumentari ini  menjadi finalis dalam Academy Awards 2012. Sessi tayangan diikuti diskusi santai mengenai filem dokumentari yang sarat dengan nilai kemanusian itu.

Mungkin masih terlalu awal untuk saya memuji atau mengkritik MyDocs, tapi setidaknya ia menjadi simbol harapan dokumentari Malaysia pada masa depan. Usaha melahirkan pembikin yang lebih bijak dari penonton; sepertimana yang seharus begitu sejak sekian lama.

Pada ketika banyak persatuan perfileman memberikan tumpuan aktiviti terhadap perihal berkempen menambah keahlian, mesyuarat ke sana sini, menyampaikan mock cheque bantuan kebajikan kepada ahli, sessi-sessi bertemu menteri, atau mungkin lebih sibuk merebut jawatan Presiden dan sebagainya, MyDocs tampil berbeza dengan memberikan fokus yang lebih jelas terhadap usaha aktiviti meningkatkan kualiti dokumentari Malaysia. Kualiti dari segenap sudut mengikut cara, pegangan dan interpretasi masing-masing. MyDocs percaya untuk meraikan kepelbagaian.

Aktiviti utama yang dirancang adalah menganjurkan seberapa kerap sessi tayangan pelbagai dokumentari tempatan dan antarabangsa, diikuti sessi diskusi bagi membicarakan tentang dokumentari tersebut dari segenap aspek termasuklah kualiti penerbitan, gaya pengarahan dan penceritaan, apresiasi estetika, malah juga aspek pemasaran & pembiayaan.

Selain itu, MyDocs turut membantu dalam menjadi pemudahcara kepada para ahli untuk meneroka ruang potensi dan hubungan baik dengan penyiar & pengedar di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dengan bantuan pembiayaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), MyDocs juga membantu mengemukakan nama ahlinya yang berpotensi untuk menyertai delegasi Malaysia ke forum, seminar dan pasar kandungan kreatif di seluruh dunia.

Keterujaan saya untuk meraikan semangat MyDocs dalam majlis pelancaran malam itu sedikit terganggu apabila dalam satu perbualan santai selepas selesai majlis, salah seorang tetamu yang hadir dalam majlis tersebut menyatakan kepada saya bahawa usaha meningkatkan kualiti tidak sepatutnya menjadi keutamaan MyDocs. MyDocs silap katanya. Menurut beliau lagi, sebagai sebuah persatuan, MyDocs harus berperanan membantu ahli untuk mendesak kerajaan supaya menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi membolehkan lebih banyak syarikat penerbit dokumentari mendapat projek penerbitan. Katanya, tugas melatih pembikin, itu adalah tugas universiti. Inikah yang sewajarnya pendapat yang keluar dari mulut seorang tetamu yang merupakan seorang VIP merangkap `orang lama` dalam bidang perfileman?

Perihal pembiayaan tidak kira secara pelaburan, commisioning, JV atau apa sahaja memang penting, tetapi apa manfaatnya semua itu jika kualiti dokumentari terus terhenti pada gaya 1970-an?

Bagi saya, inilah masalah sebenar kita. Mentaliti tinggalan projek drama swasta RTM tahun 1980-an masih membelenggu penerbit kita, yang majoritinya masih menganggap penerbit seperti kontraktor pembinaan; menunggu tender dibuka, berebut memenangi bidaan dan  seterusnya “jika ada konkrit pasang siap lebih bagus!”.

Momentum kebangkitan dokumentari Malaysia dikalangan penyiar antarabangsa bermula pada pertengahan 2000-an apabila Tan Sri Dr Rais Yatim yang ketika itu menjawat jawatan menteri memulakan inisiatif dokumentari untuk pasaran antarabangsa melalui penyelarasan FINAS. FINAS bernasib baik kerana `berkenalan` dengan penerbit-penerbit yang baik seperti Harun, Lina Teoh, Nandita, Lydia Lubon, Rudi Affendi Khalik dan ramai lagi yang masih punya kewarasan bahawa gelanggang pembikinan dokumentari bukan trek lumba lari; mengukur siapa lebih pantas, atau bukan juga pusat pembiakan ayam; melihat ayam mana bertelur lebih banyak.

Dalam dunia hari ini yang semakin kompleks, dan orang membikin dokumentari dengan pelbagai cara dan tujuan, MyDocs jelas memperjuangkan apa yang paling asas dalam dokumentari; cerita & penceritaan yang berkualiti, diikuti produksi yang tidak sekadar `visual yang cantik di mata`, tetapi bersesuaian mendukung kisah yang dibawa.

Dunia dari kaca lensa MyDocs lebih indah, kadangkala mendebarkan. Penuh makna dan penuh dengan duka gembiranya, ada kesakitan dan ada kepuasan. Ada gundah gulananya. Itulah yang membawa dokumentari lebih dekat dengan jiwa kita.


6 comments:

  1. Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D

      Delete
  2. “jika ada konkrit pasang siap lebih bagus!”.

    ReplyDelete
  3. VIP tu kapitalis..xsesuai la kalau bcakap pasal content,atau visual..heheh..

    ReplyDelete
  4. HARI BAIK KANAK-KANAK IPH MAIAYSIA

    TESTIMONI PADA BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN UNTUK MEMBELI RUMAH DARIPADA SYARIKAT PINJAMAN YANG TERSEBUT DAN KESALAHAN DIPERLUKAN firma pinjaman Albaker. Saya SANGAT SANGATKAN HARI INI DAN ALLAH ALLAH.
    ,
    Nama saya Abdullah Saya dari bandar Sepang saya telah mencari syarikat pinjaman asli selama 5 bulan yang lalu, untuk membeli sebuah rumah
    semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya mempercayai mereka dan pada akhirnya
    Pada hari itu, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa balasan, semuanya
    harapan saya hilang, saya keliru dan kecewa, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
    kawan, saya beritahu dia semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, itu
    Dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan apa-apa jumlah pinjaman
    diperlukan oleh saya dengan kadar bunga yang sangat rendah sebesar 2%, dia baru saja mendapat
    pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya bagaimana untuk memohon pinjaman, saya lakukan
    sama seperti dia memberitahu saya, saya memohon dengan mereka di E-mel: (albakerloanfirm@gmail.com) saya tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
    kejutan besar saya mendapat pinjaman dalam masa 24 jam, saya tidak percaya,
    Saya gembira dan kaya lagi dan saya berterima kasih kepada Allah bahawa pinjaman itu
    syarikat-syarikat seperti ini masih wujud semasa penipuan ini di seluruh tempat,
    sila saya nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi
    (albakerloanfirm@gmail.com) mereka tidak akan gagal, dan
    hidup anda akan berubah seperti yang dilakukan oleh saya. Seketika hubungi (albakerloanfirm@gmail.com) hari ini dan dapatkan pinjaman anda dari mereka, Tuhan memberkati firma pinjaman Albaker untuk menawarkan pinjaman tulen mereka.
     Pastikan anda menghubungi firma pinjaman Albaker untuk pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya dari syarikat ini tanpa tekanan.

    ReplyDelete
  5. What are the best casinos to play in 2021?
    Which casinos offer slots? — https://tricktactoe.com/ Casino Sites. gri-go.com Best casino sites are poormansguidetocasinogambling those that allow players to septcasino.com try a casinosites.one game from anywhere. The most common online slots

    ReplyDelete