ABOUT ME

Thursday, January 6, 2011

KUALITI PENGURUSAN INDUSTRI PERFILEMAN MALAYSIA

KUALITI PENGURUSAN INDUSTRI PERFILEMAN MALAYSIA;

ANALISIS IMPAK DASAR, PERUNDANGAN & PENTADBIRAN

TERHADAP FILEM CEREKA MALAYSIA (2005 – 2010)

Oleh Azharul Azmir Kamarulzaman

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini adalah ringkasan dari penyelidikan akademik dengan tajuk sama yang dijalankan sepanjang tahun 2010 bagi tujuan keperluan pengajian di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, Universiti Teknologi Mara.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

· Melihat hubungkait aspek dasar, perundangan dan pentadbiran dalam mewujudkan industri filem cereka Malaysia yang kondusif dan membangun.

· Memahami situasi dan permasalahan pengurusan industri filem cereka Malaysia bagi tempuh lima tahun terakhir (tahun 2005-2010).

3.0 SKOP KAJIAN

Aspek berkaitan dasar, perundangan dan pentadbiran ini ada mempunyai skop yang luas. Namun, kajian ini mengkhususkan hanya kepada yang berkaitan secara langsung seperti yang dinyatakan berikut.

Kajian ini akan memberi tumpuan kepada skop terbabit.

3.1 Filem Cereka Malaysia

Bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, penyelidik akan memfokuskannya kepada industri filem cereka Malaysia sahaja. Menurut definisi yang ditakrifkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, filem cereka Malaysia bermaksud filem yang diterbitkan di Malaysia atau mana-mana tempat lain oleh warganegara Malaysia atau suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang majoriti sahamnya dipegang oleh warganegara Malaysia.

Skop kajian ini diperkecilkan lagi apabila ia merujuk kepada tiga aktiviti utama dalam industri filem cereka iaitu penerbitan, pengedaran & pemameran.

3.2 Tempoh Kajian

Berhubung dengan tempoh kajian yang menjadi kajian kes dalam analisa ini, penyelidik memilih untuk menjalankan pemerhatian dan analisa bagi industri filem cereka di Malaysia bagi tempoh masa selama lima tahun dari 2005 hingga 2010.

Penetapan skop kajian ini adalah bagi membolehkan kajian ini menjadi lebih spesifik dalam memastikan hasil kajian yang diperolehi lebih terperinci dan mendalam.

3.3 Dasar

Bagi penilaian kualiti dasar industri filem cereka Malaysia , pengkaji akan meneliti Dasar Filem Negara yang menjadi dasar utama yang berkaitan dengan industri filem cereka Malaysia. Dasar ini dikuatkuasakan pada tahun 2005. Ia mempunyai sepuluh bab iaitu (1) Rasional Kajian Semula Dasar Perfileman Negara, (2) Status Industri Perfileman Tempatan Masa Kini, (3) Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Industi Perfileman, (4) Peranan, Strategi dan Sasaran Dasar Perfileman Negara, (5) Pembangunan Tenaga Kerja Industri Perfileman tempatan, (6) Permodalan dan Insentif, (7) Pembangunan Teknologi dan Infrastruktur, (8) Pembangunan Filem Dokumentari dan Animasi, (9) Promosi dan Pemasaran, dan (10) Pengurusan Pentadbiran dan Perundangan.

3.4 Perundangan

Bagi penilaian kualiti perundangan industri filem cereka Malaysia, penelitian dibuat ke atas sepuluh akta dan enakmen iaitu (1) Akta 244 (berkaitan organisasi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), (2) Akta 103 (berkaitan duti hiburan), (3) Akta Imigresen 1959 (berkaitan pekerja filem asing), (4) Akta Kastam 1967 (berkenaan duti import), (5) Akta Cukai Jualan 1972 (berkenaan pengecualian cukai), (6) Akta 332 (berkaitan hakcipta), (7) Akta 327 (berkenaan penggalakan pelaburan), (8) Akta 588 (berkaitan komunikasi & multimedia) (9) Enakmen Panggung Wayang & Tempat Hiburan Awam 1958 (berkenaan pengawalan pawagam) dan (10) Akta 35 (berkaitan penapisan filem). Penelitian turut dibuat ke atas Rang Undang-Undang Industri Perfileman Malaysia 2006.

3.5 Pentadbiran

Bagi penilaian kualiti pentadbiran industri filem cereka Malaysia, pengkaji akan melihat berhubung gerak kerja, bidang kuasa dan bidang tugas agensi yang bertanggungjawab secara langsung dengan industri filem cereka iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 melalui peruntukan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 1984) merupakan agensi yang diletakkan dibawah bidang kuasa Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK).

4.0 HASIL KAJIAN

4.1 KUALITI PENGURUSAN

Dalam menilai kualiati pengurusan industri filem cereka Malaysia sepanjang tahun 2005 hingga 2010., penyelidik telah menggunakan tujuh kriteria utama pengurusan yang baik iaitu (1) jelas, (2) terarah, (3) terperinci, (4) menyeluruh, (5) konsisten, (6) menggalak serta (7) lengkap melengkapi sebagai pengukur. Kriteria ini akan menjelaskan tahap kualiti dasar, perundangan dan pentadbiran dalam industri filem cereka Malaysia.

Ketujuh-tujuh kriteria ini mempunyai hubungkait yang sangat rapat antara satu sama lain. Kualiti setiap satu daripada kriteria terbabit memberi kesan dan impak terhadap kriteria yang lain.

4.1.1 Jelas

Dasar

Dasar Perfileman Negara (DFN) telah menyatakan dua objektif utama dasar terbabit:

- Membantu membangunkan industri perfileman negara supaya lebih berdaya maju dan dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.

- Menjadi pemangkin pertumbuhan industri filem tempatan ke arah m enjadikan Malaysia sebagai pusat destinasi perfileman serantau.

Objektif ini masih boleh dianggap tidak menetapkan secara jelas matlamat yang ingin dicapai. Keduanya masih bersifat umum.

Ini berbeza dengan negara Singapura. Meskipun industri filem cereka Singapura pada tahun 1990-an hampir tidak beroparasi apabila jumlah penerbitan yang terlalu kecil, trend pertumbuhannya sangat mendadak. Ini diyakini kerana ia mempunyai dasar yang jelas. Fadzil Manap (2010) menyatakan “dasar berkaitan pembangunan industri kandungan dan filem oleh pihak kerajaan Singapura mempunyai matlamat yang jelas yang ingin dicapai. Ini apabila ia menyatakan bahawa Singapura menetapkan matlamat bahawa industri kandungan harus menyumbang sepuluh peratus dalam GDP negara. Segala aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah bermatlamat menuju matlamat tersebut.”

Menurut Mahadi J. Murad (2010) pula, “pihak pentadbir industri harus menetapkan satu pengukur yang jelas terhadap pembangunan filem Malaysia. Pembangunan industri filem cereka seharusnya tidak diukur hanya melalui peningkatan kutipan panggung dan bilangan penerbitan semata-mata. Ini kerana dengan juga penduduk Malaysia dan bilangan penonton yang semakin meningkat, sememangnya kutipan dan penerbiatan juga akan meningkat. Ia seharusnya diukur dari nisbah peratusan filem Malaysia yang berada dalam pasaran tempatan berbanding filem import. Sekiranya pegangan pasaran filem cereka tempatan dalam pasaran filem cereka di Malaysia meningkat, barulah industri ini boleh dikatakan membangun. Filem cereka tempatan seharusnya menguasai sekurangnya 30% dari keseluruhan saiz pasaran filem cereka di Malaysia setiap tahun.”

Ini memperlihatkan kelemahan Dasar Perfileman Negara dari aspek hala tuju dan objektif yang jelas.

Perundangan

Hampir setiap aspek dalam aktiviti industri filem cereka disentuh dalam beberapa akta-akta dan enakmen yang dinyatakan di atas.

Namun, adalah sukar untuk melihat gambaran sistem perundangan industri filem Malaysia secara menyeluruh. Ini kerana ia terpecah dan terletak dalam pelbagai akta dibawah bidang kuasa pelbagai agensi dan jabatan.

Selain itu, belum ada dokumen undang-undang secara rasmi menyentuh tentang definisi tentang yang diklasifikasikan secara jelas tentang filem Malaysia. Ketika ini, tiada dokumen bertulis rasmi berkenaan definisi filem Malaysia dan ia hanya ditafsir diperingkat pentadbiran iaitu diperingkat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional. Ini menjadikan ia tidak konsisten dan sering berubah-ubah mengikut perubahan pimpinan.

Memenuhi kriteria sebagai filem Malaysia adalah penting bagi membolehkan sesebuah filem mendapat kemudahan dan insentif yang disediakan oleh pihak kerajaan yang disediakan bagi filem Malaysia seperti pulangan duti hiburan.

Pentadbiran

Bidang tugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sebagai pentadbir industri juga tidak jelas dalam beberapa perkara. Sebagai contoh, kekaburan berhubung bidang tugas organisasi ini timbul apabila turut melibatkan diri dalam aktiviti penerbitan melalui Bahagian Produksi. Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 2008 menjelaskan Bahagian Produksi perbadanan terlibat dalam 63 penerbitan.

Ini bercanggah dengan bidang tugas organisasi sebagai pentadbir industri dan boleh menimbulkan konflik kepentingan.

4.1.2 Terarah

Dasar

Dasar Perfileman Negara melalui sepuluh bab yang terkandung di dalamnya memperlihat secara jelas arah tujunya iaitu terhadap pembangunan filem Malaysia. Ini dapat dilihat apabila setiap perkara yang disentuh akan dilihat dari perspektif pembangunan. Ini termasuklah juga aspek berkaitan perundangan yang turut melihat kepentingan penyelarasan semula undang-undang berkaitan dalam memangkin pembangunan industri.

Namun, dalam memperkatakan berkenaan impak dan kesan dasar terbabit, ia harus disusuli oleh pelan tindakan yang jelas, terarah dan praktikal.

Perundangan

Akta dan enakmen yang berkaitan aktiviti industri filem cereka terletak dibawah bidang kuasa pelbagai agensi dan kementerian. Ini menjejaskan usaha mewujudkan sebuah sistem yang bersepadu.

Perundangan dan Dasar Perfileman Negara tidak terarah. Abdul Razak Mohaideen (2008) menyatakan “perundangan kita tidak menyokong dengan Dasar Filem Negara. Dasar menyeru pembangunan dan keterbukaan tetapi dalam perundangan terlalu banyak sekatan dan birokrasi terutamanya dari aspek kandungan cerita dan penapisan filem. Tapi sebagai pembikin filem harus kreatif menghadapinya.”

Sebagai satu contoh adalah berkaitan duti hiburan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini menambah birokrasi dalam proses mendapat pulangan duti hiburan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional kepada para penerbit. Ini terjadi apabila terdapat pihak berkuasa tempatan yang melengahkan atau tidak mahu mengembalikan duti hiburan yang sepatutnya dikembalikan sebagai galakan penerbitan.

Begitu juga tentang prosedur membawa masuk tenaga pekerja filem asing yang ketat. Ini membantutkan hasrat syarikat yang ingin membawa tenaga pakar asing bagi tujuan perpindahan kepakaran kepada tenaga produksi tempatan.

Pentadbiran

Tanpa matlamat yang jelas dalam Dasar Perfileman Negara, adalah sukar menetapkan garis panduan dalam gerak kerja dan hala tuju gerak kerja pentadbir. Objektif penganjuran bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia tidak memperlihatkan hal itu.

Dalam senarai aktiviti tahun 2010. Terdapat banyak acara yang bercorak aktiviti yang menjuruskan kepada aktiviti bertemu masyarakat bagi tujuan politik kerajaan sedangkan penekanan utama yang harus diberikan adalah bermatlamatkan pembangunan industri.

4.1.3 Terperinci

Dasar

Dasar Perfileman Negara menyentuh setiap aspek yang penting yang diperlukan dalam pembangunan industri seperti pembangunan sumber manusia, pembangunan teknologi & infrastruktur, pemasaran dan lain-lain.

Namun, sesebuah dasar hanya merupakan idea atau gagasan yang luas. Ia harus disusuli oleh pelan tindakan secara terperinci dan jelas. Tanpa pelan tindakan, idea yang dicetuskan oleh sesebuah dasar tidak akan memberikan impak yang sepatutnya. Ia juga menjadikan segala aktiviti yang dijalankan untuk memenuhi dasar terbabit tidak terarah.

Pelan tindakan harus dirangka bagi dipenuhi mengikut tempuh masa tertentu yang ditetapkan.

Perundangan

Sepanjang penyelidikan, kebanyakan aktiviti industri filem cereka disentuh secara jelas dalam pelbagai akta dan enakmen. Bagi setiap akta dan enakmen, ia juga dijelaskan secara terperinci.

Namun, bagi beberapa perundangan di peringkat garis panduan tidak mempunyai panduan yang terperinci. Sebagai contoh, garis panduan berkenaan garis panduan kandungan filem Lembaga Penapisan Filem yang tidak terperinci dan kabur. Ini antara punca filem V3: Samseng Jalanan (dahulu dikenali Rempit V3) pernah diharamkan tayangan sebelum dibenarkan semula dengan pindaan pada tajuk dan potongan babak.

Menurut Gibran Agi Abdul Ghafar (2008) menyatakan “kita seharusnya mempunyai garis panduan yang terperinci seperti apa yang dimiliki oleh negara Bulgaria. Negara tersebut mempunyai garis panduan penapisan yang terperinci dan dinyatakan dalam dasar filem negara mereka.”

Pentadbiran

Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia menjalankan gerak kerja yang terperinci dalam pengurusan dan aktivitinya. Namun, dalam melihat kepada impak kerja pentadbirannya harus bergantung kepada pelan tindakan dan objektif setiap aktiviti diadakan. Ketiadaan dua perkara utama ini akan menyebabkan impaknya tidak tercapai sepatutnya meskipun dilaksanakan secara lancar dan terperinci. Ini melihat pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional harus lebih terperinci dari aspek usaha mencapai objektif yang sepatutnya dijelaskan dalam dasar perfileman negara.

4.1.4 Menyeluruh

Dasar

Dasar Perfileman Negara dilihat menyeluruh apabila menyentuh hampir semua bidang dalam industri filem cereka Malaysia seperti penerbitan filem pengedaran dan pemameran, perundangan, hakcipta, harta intelek, pemasaran, insentif, teknologi dan infrastruktur.

Perundangan

Kebanyakan perkara dalam aktiviti industri filem cereka disentuh secara jelas dalam pelbagai akta dan enakmen. Namun, masalah yang timbul tetap adalah tiada kesepaduan dan penyelarasan perlaksanaan antara setiap akta yang terletak dibawah pelbagai agensi dan kementerian. Sebagai contoh, usaha menangani cetak rompak terbahagi dibawah bidang kuasa Unit Penguatkuasaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan juga penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.

Pentadbiran

Dalam gerak kerja Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, terdapat beberapa bidang yang tidak diberi perhatian dan penekanan. Bidang terbabit adalah peningkatan pendidikan tinggi dalam bidang perfileman, pembudayaan filem (film culture), pengajian filem (film studies), kritikan filem dan pemameran filem.

Rahmat Adam (2007) dari syarikat Golden Screen Cinemas menyatakan “Malaysia perlu lebih banyak pawagam. Pihak FINAS sedar tentang itu. Tapi usaha ke arah itu sangat sedikit.”

Azharul Azmir Kamarulzaman (2010) menyatakan “Tidak hanya terhad kepada bidang penerbitan bagi jawatan seperti penerbit dan pengurus produksi, kita juga memerlukan tenaga muda mahir dalam bidang pengurusan pengedaran & pemameran filem (distribution & exhibition), pelaburan perfileman (creative industry investment), pengurusan sumber manusia, pemasaran seni (art marketing) dan sebagainya.”

4.1.5 Konsisten

Dasar

Dasar ini diwujudkan secara konsisten dan tidak berlaku perubahan kandungan sejak penguatkuasaannya sejak tahun 2005. Salah satu faktor ia berlaku kerana ia adalah dasar yang mengambil masa yang panjang untuk sebarang perubahan yang memerlukan penelitian teliti serta kelulusan kabinet. Hal ini mempunyai pro dan kontra terhadap pengurusan. Dasar yang konsisten mengelak manipulasi kuasa pertukaran kepemimpinan kementerian atau agensi. Perubahan yang kerap akan mengakibat kekeliruan. Namun begitu, dengan perubahan yang mengambil masa yang panjang, segala proses penambahbaikan juga sukar dilakukan.

Dasar Filem Negara diaplikasi dan dirujuk secara konsisten dalam setiap perancangan aktiviti oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Namun, oleh kerana objektifnya yang umum, tidak jelas serta tiada pelan tindakan, aktiviti terbabit tidak akan terarah bagi memberi impak pembangunan pada kadar yang sepatutnya.

Perundangan

Dari segi perundangan, konsistensinya di peringkat baik apabila sesuatu pendakwaan dijalankan. Namun masih terdapat banyak kes yang tidak diambil tindakan sewajarnya. Sebagai contoh, peminjam daripada Skim Pinjaman Filem Cereka (SPFC) yang gagal menjelaskan hutang tertunggak masih tidak diberi hukuman meski ia telah berlanjutan sejak tahun 2007. Ini akan menjejaskan modal pusingan sejumlah RM50 juta yang diperuntukan bagi skim pinjaman terbabit dalam penggalakan penerbitan.

Penguatkuasaan oleh Bahagian Penguatkuasaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia banyak memberi penumpuan terhadap penguatkuasaan dan serbuah terhadap pesalah hakcipta di pusat karaoke dan cetak rompak. Penekanan masih kurang bagi perlindungan hakcipta melibatkan tayangan umum di premis-premis lain seperti seperti kedai makan, pengangkutan awam dan sebagainya.

Pentadbiran

Keberkesanan gerak kerja Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia untuk menjayakan Dasar Perfileman Negara masih tidak sepenuhnya apabila sering diselangi oleh aktiviti-aktiviti yang tidak mempunyai kaitan jelas dengan pembangunan filem. Antaranya ialah penglibatan pihak perbadanan dalam acara-acara kemasyarakatan bersifat ad-hoc yang bermotif politik seperti aktiviti pusat khidmat ahli parlimen serta kempen pilihanraya yang kabur objektif dan pengisiannya.

Ahmad Puad Onah (2008) menyatakan “Dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan FINAS, terlalu banyak yang menyimpang dari objektif pembangunan filem. Kalau ini berterusan, FINAS akan gagal menjalankan peranannya dan karyawan kita tidak akan mampu pergi jauh.”

4.1.6 Menggalak

Dasar

Dasar Perfileman Negara menyentuh secara jelas perkara-perkara yang harus diberikan penekanan dan galakan dalam pembangunan industri filem cereka Malaysia.

Namun, dasar yang menggalak ini tidak disertakan atau disusuli oleh satu pelan tindakan yang praktikal dan terperinci. Mahadi J Murad (2010) menyatakan bahawa “dasar yang tidak disusuli oleh satu pelan tindakan yang terperinci hanya akan membuatkan dasar tersebut kekal sebagai dasar tanpa memberikan hasil yang sepatutnya”

Perundangan

Perundangan merupakan garis panduan yang bersifat sekatan dan garis panduan. Kebanyakan klausa dalam akta berkaitan bersifat tidak menggalak kecuali beberapa perkara dengan kesan secara tidak langsung seperti pulangan cukai dan perlindungan hakcipta (Akta Hakcipta).

Pihak kerajaan melalui Unit Undang-Undang Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan kini dalam usaha menggubal semula Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (pindaan 1984) melalui Rang Undang-Undang Industri Perfileman Malaysia bagi membolehkan ia menjadi sebuah akta yang lebih luas dan menggalak.

Akta 244 terdahulu memiliki tujuh bahagian iaitu (1) Permulaan, (2) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (3) Pentadbiran, (4) Kewangan, (5) Pengeluaran, Pengedaran dan Pemameran Filem-Filem, (6) Penguatkuasaan, dan (7) Pelbagai. Rang Undang-Undang Industri Perfileman Malaysia 2006 yang sedang digubal memberi ruang kepada galakan pembangunan apabila mempunyai lima bahagian iaitu (1) Permulaan, (2) Perkembangan Industri Perfileman, (3) Pengawalan & Pelesenan Kegiatan Perfileman, (4) Aspek Penguatkuasaan & Pengawalseliaan Filem, dan (5) Pelbagai.

Pentadbiran

Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia meskipun secara rasmi menyatakan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang menggalak pembangunan filem cereka Malaysia, namun masih tidak dalam momentum yang sebenar.

Ini dapat dilihat dalam aspek berkaitan syarat dan peraturan. Sebagai contoh, Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia yang dikhususkan sebagai dana untuk membantu karyawan muda dikhususkan hanya kepada filem dan dokumentari pendek.

Hatta Azad Khan (2010) menyatakan “Bantuan yang menggalak bakat muda seharusnya lebih terbuka dan tidak bersifat rigid. Penilaian seharusnya berdasarkan kualiti karya dan bukannya bukan format dan durasi penerbitan”.

4.1.7 Lengkap Melengkapi

Dasar

Sepuluh bab dalam Dasar Perfileman Negara menyentuh setiap banyak aspek yang mampu menjadi pelengkap kepada keberkesanan usaha pembangunan industri filem cereka Malaysia. Ini meliputi kepentingan penyelarasan hala tuju dan objektif setiap aspek seperti pembangunan teknologi, pembangunan sumber manusia, insentif ekonomi dan beberapa lagi ke arah pembangunan industri.

Selain itu, Dasar Perfileman Negara dilihat tidak bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Negara. Ia dilihat lebih kepada lengkap melengkapi. Penting supaya ia turut tidak bercanggah dengan Dasar Industri Kreatif yang kini dalam proses penggubalan.

Perundangan

Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia adalah akta khusus berkaitan bidang tugas, bidang kuasa dan operasi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia sahaja. Namun, terdapat akta-akta lain yang mempunyai hubungan langsung dengan bidang industri filem cereka.

Apa yang menjadi masalah apabila kebanyakan akta ini terletak dibawah bidang kuasa kementerian yang berbeza. Oleh yang demikian, terdapat halangan dalam mewujudkan satu sistem bersepadu yang lebih lengkap melengkapi.

Fadzil Manap (2010) menjelaskan bahawa “semua hal berhubung media dan pembangunan kandungan termasuk filem di Singapura terletak dibawah pengawalan Media Development Authority (MDA). MDA menjadi perantara dan pusat sehenti kepada semua organisasi terbabit termasuk Singapore Film Commision, Account & Corporate Regulatory Authority, Singapore Tourism Board dan lain-lain.”

Pentadbiran

Ahmad Puad Onah (2008) menyatakan bahawa “Malaysia harus belajar dari Singapura yang sedar kepentingan menyelaras segala hal pentadbiran dan gerak kerja industri supaya lebih bersepadu. Mereka (Singapura) melakukan semua ini kerana mereka jelas apa yang dimahukan untuk menjadi hub kepada industri kandungan di Asia. Semua harus lengkap melengkapi.”

Berhubung struktur organisasi dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, lapan bahagian yang diwujudkan iaitu (1) Bahagian Studio, (2) Bahagian Produksi, (3) Bahagian Khidmat Pengurusan, (4) Bahagian Kewangan, (5) Bahagian Perancangan & Penyelidikan, (6) Bahagian Latihan Perfileman, (7) Bahagian Modal & Insentif, dan (8) Bahagian Pemasaran & Promosi dilihat berkemampuan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ini ditambah pula dengan kewujudan unit-unit di bawah setiap bahagian terbabit.

Namun, dari hubungan antara organisasi, terdapat pertindihan budang tugas. Sebagai contoh, tugas penerbitan filem khidmat awam bagi pihak kerajaan yang dilakukan oleh dua organisasi iaitu Jabatan Filem Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Sekiranya pembahagian dilakukan secara jelas dan tidak bertindih, tugas ini boleh diserahkan semula kepada Jabatan Filem Negara atau Jabatan Penerangan lebih bersesuaian dengan objektif organisasinya menjadi suara kerajaan melalui media.

Dengan cara ini, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia boleh kembali fokus pada aspek pembangunan industri filem. Ini sekaligus mengelak pembaziran tenaga dan menjadikan pengurusan yang lebih efisyen.

4.2 IMPAK KUALITI PENGURUSAN

Bagi menilai impak kualiti dasar, perundangan dan pentadbiran yang dinyatakan di atas, penyelidik melihat kesannya terhadap trend peratusan pertumbuhan industri filem cereka Malaysia melalui tiga aktiviti utama iaitu (1) penerbitan, (2) pengedaran dan (3) pemameran sepanjang tempoh tahun 2005 hingga 2010.

Melalui cara ini, kita dapat melihat kesan langsung dan tidak langsung dasar, perundangan dan pentadbiran industri filem cereka Malaysia dengan tiga aktiviti utama industri ini.

4.2.1 Penerbitan

Bagi melihat impak terhadap bidang penerbitan, penyelidik melihat dari dua aspek iaitu bilangan penerbitan filem cereka dan pelaburan penerbitan pada tahun berikut.

Pertumbuhan Bilangan Penerbitan Filem Cereka Malaysia

KATEGORI / TAHUN

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010 (Jan – Jul)

Bilangan Filem

33

30

38

45

38

50

37

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

- (9.10)

26.67

18.42

-(15.56)

31.58

(belum tamat tahun)

Jadual 1 : Pertumbuhan Bilangan Penerbitan Filem Cereka Malaysia

Graf 1 : Pertumbuhan Bilangan Penerbitan Filem Cereka Malaysia

Jumlah penerbitan filem cereka Malaysia adalah meningkat. Namun, masih pada trend yang tidak menentu. Begitu juga dengan peratusan pertumbuhan tahunannya. Jumlah penerbitan tertinggi adalah pada tahun 2009 dengan 50 buah filem manakala tahun dengan jumlah penerbitan paling kecil adalah pada tahun 2005 dengan 30 buah filem.

Tahun 2010 juga memperlihatkan prospeks jumlah penerbitan yang meningkat apabila mencatat sejumlah 37 penerbitan pada tujuh bulan pertama.

Bagi peratusan pertumbuhan tahunan, pertumbuhan paling tinggi adalah pada tahun 2009 dengan peningkatan 31.58 % dari tahun sebelumnya. Pertumbuhan dengan penurunan terbesar adalah pada tahun 2008 dengan penurunan 15.56 peratus dari tahun sebelumnya.

Pertumbuhan Kos Pengeluaran Filem (Berdasarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) )*

KATEGORI / TAHUN

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010 (Jan – Jul)

Filem Cereka

(RM / Juta)

37.90

37.18

39.93

45.22

44.31

78.44

56.06

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

- (1.90)

7.40

13.25

- (2.01)

77.03

(belum tamat tahun)

Jadual 2 : Pertumbuhan Kos Pengeluaran Filem (Berdasarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) )*

Graf 2 : Pertumbuhan Kos Pengeluaran Filem (Berdasarkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) )*

*Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) adalah permit dan dokumen kebenaran menjalankan penggambaran filem di Malaysia. Permohonan SPP harus dijalankan di pejabat Bahagian Penguatkuasaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.

Sama seperti jumlah penerbitan, kos penerbitan filem cereka Malaysia yang dilaburkan juga adalah meningkat. Namun, masih pada trend yang tidak menentu. Begitu juga dengan peratusan pertumbuhan tahunannya.

Pelaburan kos penerbitan tertinggi adalah pada tahun 2009 dengan RM78.44 juta manakala tahun dengan pelaburan terkecil adalah pada tahun 2005 dengan RM37.18 juta. Tahun 2010 juga memperlihatkan prospeks jumlah pelaburan yang meningkat apabila mencatat sejumlah RM 56.06 juta pada tujuh bulan pertama.

Bagi peratusan pertumbuhan tahunan, pertumbuhan paling tinggi adalah pada tahun 2009 dengan peningkatan 77.03 % dari tahun sebelumnya. Pertumbuhan dengan penurunan terbesar adalah pada tahun 2008 dengan penurunan 2.01 % dari tahun sebelumnya.

4.2.2 Pengedaran

Bagi melihat impak terhadap bidang pengedaran, penyelidik melihat dari satu aspek iaitu bilangan bilangan filem cereka yang ditayangkan di pawagam.

Pertumbuhan Bilangan Filem Cereka Malaysia Ditayangkan

KATEGORI / TAHUN

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010 (Jan – Jul)

Bilangan Filem

15

23

28

28

28

29

15

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

53.33 %

21.74 %

0 %

0 %

3.57 %

(belum tamat tahun)

Jadual 3 : Pertumbuhan Bilangan Filem Cereka Malaysia Yang Ditayangkan

Graf 3 : Pertumbuhan Bilangan Filem Cereka Malaysia Yang Ditayangkan

Tayangan filem cereka Malaysia adalah meningkat pada tahun tertentu manakala kekal pada tahun tertentu. Sepanjang tahun 2005 hingga 2010, jurang jumlah antara setiap tahun adalah kecil dengan tahun 2009 mencatat tayangan tertinggi dengan 29 buah filem. Tahun 2005 mencatat tayangan jumlah filem terkecil adalah pada tahun 2005 dengan 23 buah filem.

Bagi peratusan pertumbuhan tahunan, pertumbuhan paling tinggi adalah pada tahun 2005 dengan 53.33 % dari tahun sebelumnya. Tahun 2007 dan 2008 pula ada pertumbuhan tidak mengalami sebarang peningkatan atau penurunan pertumbuhan.

4.2.3 Pemameran

Bagi melihat impak terhadap bidang pemameran, penyelidik melihat dari tiga aspek iaitu dan jumlah pawagam yang beroperasi pada tahun berikut, peratusan penontonan filem cereka Malaysia dan peratusan kutipan kasar filem cereka Malaysia pada tahun berikut.

Pertumbuhan Jumlah Pawagam, Skrin & Kerusi

Jumlah / Tahun

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010 (Jan-Jul)

Jumlah Pawagam

59

66

68

76

91

93

96

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

11.86 %

3.03 %

11.76 %

19.74 %

2.20 %

3.23 %

Jumlah Skrin

233

265

287

353

453

485

553

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

13.73 %

8.30

23.00

28.33 %

7.06 %

14.02 %

Jumlah Kerusi

55,950

61,482

66,822

78,496

92,642

101,165

107,657

Peratusan (%) Pertumbuhan

-

9.89 %

8.69 %

17.47 %

18.02 %

9.20 %

6.42 %

Jadual 4 : Pertumbuhan Jumlah Pawagam, Skrin & Kerusi

Pertambahan jumlah pawagam, skrin dan kerusi pawagam adalah meningkat dari tahun ke tahun. Tiada penurunan dicatatkan sepanjang lima tahun terbabit. Namun begitu, dari peratusan pertumbuhan tahunan, ia masih dalam keadaan tidak menentu.

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah pawagam adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 19.74 % dari tahun sebelumnya.

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah skrin adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 28.33 % dari tahun sebelumnya.

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah kerusi juga adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 18.02 % dari tahun sebelumnya.

Peratusan Penontonan Filem Cereka Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Tahun

Filem Tempatan

Filem Luar Negara & Lain-Lain

Jumlah

Peratusan (%) Penontonan Filem Tempatan Dari Saiz Pasaran

2005

3.74

22.18

25.92

14.43 %

2006

4.00

23.87

27.87

14.35 %

2007

3.73

29.82

33.55

11.12 %

2008

5.29

38.56

43.85

12.06 %

2009

6.03

38.10

44.13

13.66 %

2010 (Jan – Jul)

5.01

26.85

31.86

15.73 %

Jadual 5 : Peratusan Penontonan Cereka Filem Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Graf 4 : Peratusan Penontonan Filem Cereka Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Jumlah penontonan filem cereka Malaysia adalah meningkat. Namun, masih pada trend yang tidak menentu. Begitu juga dengan saiz peratusan penontonan filem cereka Malaysia berbanding saiz pasaran penontonan keseluruhan. Jumlah penontonan filem cereka Malaysia tertinggi dalam pasaran adalah pada tahun 2009 dengan 6.03 juta penonton manakala tahun dengan jumlah penontonan paling kecil adalah pada tahun 2007 dengan 3.73 juta penonton.

Tahun 2010 juga memperlihatkan prospeks penontonan filem cereka Malaysia yang meningkat apabila mencatat sejumlah 5.01 juta penontonan pada tujuh bulan pertama.

Bagi peratusan penontonan filem Malaysia di pawagam berbanding saiz pasaran, peratusan paling tinggi adalah tujuh bulan pertama tahun 2010 dengan 15.73 % dari saiz pasaran. Peratusan penontonan paling kecil adalah pada tahun 2007 dengan 11.12%.

Peratusan Kutipan Kasar Filem Cereka Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Tahun

Filem Tempatan

(RM / Juta)

Filem Luar Negara & Lain-Lain

(RM / Juta)

Jumlah

(RM / Juta)

Peratusan (%) Kutipan Kasar Filem Tempatan dari Saiz Pasaran

2005

26.71

190.64

217.35

12.29 %

2006

29.62

205.36

234.98

12.60 %

2007

30.00

258.96

288.96

10.38 %

2008

43.93

336.79

380.72

11.54 %

2009

50.84

352.46

403.30

12.61 %

2010 (Jan – Jul)

44.91

259.18

304.09

14.77 %

Jadual 6 : Peratusan Kutipan Kasar Filem Cereka Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Graf 5 : Peratusan Kutipan Kasar Filem Cereka Malaysia Di Pawagam Berbanding Saiz Pasaran

Jumlah kutipan kasar filem cereka Malaysia adalah meningkat. Namun peratusan kutipan kasar filem cereka Malaysia berbanding saiz pasaran kutipan kasar keseluruhan adalah tidak menentu. Jumlah penontonan filem cereka Malaysia tertinggi dalam pasaran adalah pada tahun 2009 dengan RM50.84 juta manakala tahun dengan jumlah kutipan kasar paling kecil adalah pada tahun 2005 dengan RM26.71 juta.

Tahun 2010 juga memperlihatkan prospeks kutipan kasar filem cereka Malaysia yang meningkat apabila mencatat sejumlah RM44.91 juta pada tujuh bulan pertama.

Bagi peratusan kutipan kasar filem Malaysia di pawagam berbanding saiz pasaran, peratusan paling tinggi adalah tujuh bulan pertama tahun 2010 dengan 14.77 % dari saiz pasaran. Peratusan penontonan paling kecil adalah pada tahun 2007 dengan 10.38 %.

5.0 KESIMPULAN

5.1 Kualiti Pengurusan

Industri filem cereka Malaysia mempunyai mempunyai dasar, akta perundangan dan juga organisasi pentadbir yang menyentuh secara langsung berkaitan bidang ini. Dalam situasi itu, sepanjang tempoh tahun 2005 hingga Julai 2010, industri filem mencatatkan pertumbuhan dari sudut urusniaga yang dijana. Ini termasuk nilai penerbitan dan nilai jualan.

Jumlah pelaburan dalam perniagaan pemameran dan jumlah panggung wayang juga meningkat. Ini membantu meningkatkan jualan tiket.

Namun begitu, trend dan kadar pertusan pertumbuhan dari tahun ke tahun masih diperingkat rendah dan tidak menentu. Hal ini pasti tidak dapat dielak dari kesan langsung dan tidak langsung dengan dasar, perundangan dan pentadbiran industri filem cereka Malaysia itu sendiri.

Pengkajian menemui tiga permasalahan utama dalam dasar, perundangan dan pentadbiran industri filem cereka yang dilihat yang menyumbang kepada perkara ini.

1) Dasar Filem Negara yang ada tidak menggariskan matlamat dan visi secara jelas.

2) Dasar Filem Negara selaku pelan induk tidak disusuli oleh pelan tindakan yang jelas, terperinci dan terarah.

3) Sistem perundangan dan pentadbiran tidak diuruskan secara bersepadu. Ini menjadikan wujud birokrasi yang memperlahankan pembangunan industri ini.

Ini memperlihatkan bahawa dasar, perundangan dan juga pentadbiran berkaitan industri filem cereka di Malaysia masih diperingkat sederhana yang memerlukan penelitian yang lebih teliti. Ini penting bagi mewujudkan industri yang lebih fleksibel dan kukuh.

5.2 Impak Kualiti Pengurusan

Pertumbuhan tahunan bilangan penerbitan filem cereka Malaysia adalah diantara penurunan 15.56% dengan peningkatan 31.58 % .

Pertumbuhan tahunan kos penerbitan filem cereka Malaysia adalah diantara penurunan 2.01% dengan peningkatan 77.03%.

Pertumbuhan tahunan bilangan filem cereka Malaysia yang ditayangkan adalah diantara tidak berubah (0%) dengan 53.33%.

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah pawagam adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 19.74 % .

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah skrin adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 28.33 % .

Peratusan pertumbuhan tahunan paling tinggi bagi jumlah kerusi juga adalah pada tahun 2008 dengan peningkatan 18.02 % .

Peratusan penguasaan penontonan filem cereka Malaysia di pawagam berbanding saiz pasaran keseluruhan filem cereka di Malaysia adalah diantara 11.12% dengan 15.73%.

Peratusan penguasaan kutipan kasar filem cereka Malaysia di pawagam berbanding saiz pasaran keseluruhan filem cereka di Malaysia adalah diantara 10.38 % dengan 14.77 %.

5.3 Cadangan Penambahbaikan

Bagi mengatasi tiga permasalahan utama yang telah dikenalpasti, penyelidik mencadangkan empat langkah sebagai inisiatif bagi mengatasinya.

5.3.1 Menggariskan Matlamat Jelas Industri Filem Cereka Malaysia

Dasar Perfileman Negara atau pelan induk yang bakal dibentuk haruslah menyatakan secara jelas matlamat yang ingin dicapai. Ini khususnya tentang peratusan penguasaan pasaran filem tempatan oleh filem cereka Malaysia. Ini penting bagi membolehkan segala perancangan dan pelan tindakan mempunyai hala tuju yang jelas dan tidak kabur.

5.3.2 Mewujudkan Pusat Sehenti Pengurusan Industri (One Stop Centre)

Industri filem cereka Malaysia memerlukan sebuah pusat sehenti yang menjadi perantara dan pemudahcara dalam segala urusan industri filem cereka termasuklah insentif galakan, penguatkuasaan, perlesenan, pemasaran dan sebagainya. Ini penting kerana ia mampu menyelaras bidang kuasa dan bidang tugas pelbagai agensi dan jabatan yang berkaiatan agar tidak bertindih antara satu sama lain.

Sebagai contoh, di Singapura, segala urusan pentadbiran berkaitan industri kandungan dan komunikasi dikawalselia oleh sebuah badan sehenti iaitu Media Development Authority (MDA). Meskipun terdapat banyak agensi terlibat dalam perkara berkaitan seperti Singapore Film Commission (geran dan bantuan penerbitan), Singapore Tourism Board (untuk insentif galakan penggambaran di Singapura), Account & Corporate Regulatory Authority (pendaftar syarikat) dan berbagai lagi, namun Media Delevopment Authority memainkan peranan sebagai perantara dan pemudahcara. Dengan pendekatan ini, ia memudahkan urusan industri filem, mengurangkan birokrasi, mengelak pertindihan bidang tugas dan bidang kuasa serta meningkatkan efisien pengurusan dan pentadbiran industri.

5.3.3 Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Filem Malaysia

Pelan induk atau dasar industri filem cereka harus disusuli oleh pelan tindakan. Ia membolehkan hala tuju yang telah ditetapkan dalam pelan induk dijayakan dalam bentuk tindakan. Ini membolehkan momentum dalam mencapai matlamat yang telah dinyatakan dapat dilaksana secara tersusun dan terarah.

5.3.4 Mewujudkan Jawatankuasa Khas Memantau Penunjuk Prestasi

Dicadangkan agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau penunjuk prestasi pembangunan industri filem cereka Malaysia. Jawatankuasa ini berperanan dalam memastikan segala perancangan berjaya mencapai objektif dan penunjuk aras prestasi (KPI) yang telah ditetapkan. Ia juga mengelak wujudnya aktiviti yang tidak menyumbang terhadap pembangunan industri sekaligus mengelak pembaziran kos mentadbir.

2 comments:

  1. Terima kasih atas pengenalan terhadap sinema dan dasar dasar kerajaan, ini amat membantu dalam pelajaran Pengajian AM. Ribuan terima kasih diucapkan

    ReplyDelete
  2. HARI BAIK KANAK-KANAK IPH MAIAYSIA

    TESTIMONI PADA BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN UNTUK MEMBELI RUMAH DARIPADA SYARIKAT PINJAMAN YANG TERSEBUT DAN KESALAHAN DIPERLUKAN firma pinjaman Albaker. Saya SANGAT SANGATKAN HARI INI DAN ALLAH ALLAH.
    ,
    Nama saya Abdullah Saya dari bandar Sepang saya telah mencari syarikat pinjaman asli selama 5 bulan yang lalu, untuk membeli sebuah rumah
    semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya mempercayai mereka dan pada akhirnya
    Pada hari itu, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa balasan, semuanya
    harapan saya hilang, saya keliru dan kecewa, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
    kawan, saya beritahu dia semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, itu
    Dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan apa-apa jumlah pinjaman
    diperlukan oleh saya dengan kadar bunga yang sangat rendah sebesar 2%, dia baru saja mendapat
    pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya bagaimana untuk memohon pinjaman, saya lakukan
    sama seperti dia memberitahu saya, saya memohon dengan mereka di E-mel: (albakerloanfirm@gmail.com) saya tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
    kejutan besar saya mendapat pinjaman dalam masa 24 jam, saya tidak percaya,
    Saya gembira dan kaya lagi dan saya berterima kasih kepada Allah bahawa pinjaman itu
    syarikat-syarikat seperti ini masih wujud semasa penipuan ini di seluruh tempat,
    sila saya nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi
    (albakerloanfirm@gmail.com) mereka tidak akan gagal, dan
    hidup anda akan berubah seperti yang dilakukan oleh saya. Seketika hubungi (albakerloanfirm@gmail.com) hari ini dan dapatkan pinjaman anda dari mereka, Tuhan memberkati firma pinjaman Albaker untuk menawarkan pinjaman tulen mereka.
     Pastikan anda menghubungi firma pinjaman Albaker untuk pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya dari syarikat ini tanpa tekanan.

    ReplyDelete